Latar Belakang NSTC

Neo Synergy Training Centre (NSTC) secara rasminya telah ditubuhkan pada 2 Mei 2010 yang bertapak di No 37B, Jalan Bandar Baharu 1, Off Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak. Disinergikan oleh tenaga kerja yang berpengalaman dalam bidang motivasi dan berpendidikan tinggi serta mempunyai latar belakang yang berbeza – beza, yang bersedia memberikan semangat baru dan lain dari yang lain kepada semua peserta yang menghadiri kursus yang dianjurkan.
Neo Synergy Training Centre juga menawarkan perkhidmatan seperti kursus, motivasi, latihan dan perundingan kepada semua lapisan masyarakat. Menurut Kamus Dewan “neo” bermaksud perkataan awalan yang membawa maksud baru, manakala “sinergi” pula bermaksud usaha sama antara individu, organisasi dan lain – lain yang hasilnya lebih baik berbanding jika usaha tersebut dilakukan secara sendirian. Bertepatan dengan huraian maksud perkataan neo dan sinergi, pengasas kepada Neo Synergy Training Centre, telah bersetuju untuk menamakan syarikat motivasi ini sebagai Neo Synergy Training Centre, dengan visi untuk melahirkan satu peradaban dunia yang terbentuk ramai golongan professional beriman dan bertaqwa pada Allah dan mensinergikan potensi pelajar sekolah, institut pengajian dan masyarakat umum dalam membentuk Generasi serba boleh yang seimbang dari segi fizikal, emosi, intelek dan spiritual.
Sejak Neo Synergy Training Centre mula ditubuhkan hingga kini, kejayaan dalam menjalankan program motivasi ke sekolah – sekolah di seluruh Malaysia, kolej matrikulasi, IPTA, IPTS serta badan korporat tidak dapat disangkal kerana sentiasa mendapat maklumbalas yang positif daripada pihak pelanggan. Teras utama NSTC bukanlah keuntungan semata-mata sebaliknya melahirkan masyarakat terbaik dengan membina Generasi Rabbani Professional adalah menjadi agenda utama kami. NSTC boleh dihubungi melalui :
Telefon : 05-3668781 / 019-3451708
Emel : nstc@neosynergytc.org
Website : http://neosynergytc.org
Fbpage : fbpage/nstcofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *